Cipta masa depan yang fleksibel dan bebas tekanan, bersama sistem kami.
Anda perlu jelas dengan matlamat anda terlebih dahulu; barulah saya boleh bantu dengan lebih efektif.
Matlamat jangka masa pendek ialah sasaran yang ingin dicapai dalam tempoh kurang daripada setahun. Matlamat ini membantu memberikan fokus dan menjadi langkah awal untuk mencapai objektif yang lebih besar.
Matlamat jangka masa panjang ialah sasaran yang ingin dicapai dalam tempoh lebih daripada satu tahun, biasanya 3 hingga 10 tahun atau lebih. Matlamat ini memberi hala tuju kepada kehidupan atau perniagaan anda dan sering memerlukan perancangan dan usaha yang konsisten.
Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan seperti keuntungan runcit, bonus prestasi, dan insentif lain berdasarkan pencapaian jualan dan pembinaan rangkaian.
Produk yang ditawarkan meliputi kategori kesihatan, kecantikan, penjagaan rumah, dan lain-lain, dengan formulasi berasaskan sains dan kualiti terjamin.
Penyediaan latihan lengkap seperti seminar, modul pembelajaran, dan bahan pemasaran untuk membantu usahawan mencapai kejayaan.
Berbanding perniagaan tradisional, modal permulaan untuk memulakan bisnes ini jauh lebih rendah, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba tanpa risiko kewangan yang besar.
Dalam kebanyakan kes, anda tidak perlu menyimpan stok produk secara fizikal, kerana penghantaran biasanya diuruskan oleh syarikat induk.
Bisnes ini menyediakan peluang untuk terus belajar, sama ada melalui latihan, seminar, atau bimbingan, membolehkan anda meningkatkan kemahiran keusahawanan.
Banyak perniagaan jualan langsung menawarkan jaminan kepuasan pelanggan atau polisi pemulangan wang, memberikan keyakinan kepada pengguna untuk mencuba produk.
Perniagaan ini terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa memerlukan kelayakan akademik tertentu atau pengalaman profesional yang tinggi.
Pada tahun 2016, kami membuat keputusan yang tidak dijangka — kami menyertai perniagaan ini sebagai Plan B. Pada ketika itu, jujur kami tidak memerlukan perniagaan ini. Saya, seperti anda, mengejar kerjaya yang kukuh dan sudah mencapai kedudukan yang selesa sebagai Pengarah dalam agensi kerajaan serta syarikat korporat. Kehidupan kami pada zahirnya kelihatan stabil, malah sangat baik.
Namun, jauh di sudut hati, ada sesuatu yang masih kurang. Kami ingin lebih daripada sekadar status kerjaya dan kestabilan kewangan. Kami mahu kebebasan sebenar — kebebasan masa, kewangan, dan yang paling penting, ketenangan fikiran.
Apa yang bermula sebagai Plan B akhirnya menjadi punca transformasi besar dalam kehidupan kami. Dalam tempoh 5 tahun, perniagaan ini memberi kami lebih daripada sekadar pendapatan. Ia memberi kami peluang untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan seimbang. Kami tidak lagi terikat pada jadual kerja yang ketat, malah kini kami bebas memilih bagaimana untuk meluangkan masa dengan keluarga dan melakukan perkara yang kami cintai.
Dengan usaha dan sokongan yang berterusan, hari ini kami menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bebas — bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga kebebasan dalam fikiran dan masa.
Jika anda mencari lebih dari sekadar kejayaan dalam kerjaya, kami di sini untuk memberitahu bahawa ada jalan lain. Peluang ini bukan hanya tentang pendapatan, ia tentang gaya hidup.
Anda perlukan lakukan sesuatu untuk jana pendapatan!
Bekas pengarah agensi kerajaan kini bergelar jutawan.